Biografi Orhan Pamuk

Orhan Pamuk berasal dari keluarga mewah.Ayahnya adalah pengerusi eksekutif CEO pertama syarikat komputer IBM cawangan Turki. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Amerika Robert College di Istanbul, Turki. Seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang arkitek di Universiti Teknikal Istanbul. Ibu dan bapanya mahukan beliau menjadi peguam atau arkitek. Tapi di tahun tiga beliau berhenti belajar dan menjadi penulis sepenuh masa.Orhan Pamuk berjaya menamatkan pendidikan di Institut Kewartawanan di Universiti Istanbul pada 1977.

Dari 1985 hingga 1988 beliau menjadi pensyarah tamu di Universiti Columbia di Bandar Raya New York. Ketika masa yang sama turut menjadi mahasiswa di Universiti Iowa.

Beliau berkahwin dengan Aylin Turegen pada 1982 tapi bercerai tahun 2001. Mendapat anak perempuan bernamaRüya. Kini Orphan Pamuk menetap di Istanbul, Turki.

Pamuk dianugerahi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada 12 Oktober 2006.